Cara Mengubah Halaman Jelajah Anda Di Instagram
Instagram ialah aplikasi yang popular untuk perkongsian gambar dan video. Selain itu, Instagram juga membenarkan komunitinya untuk menyukai kandungan dan mengikut pengguna yang lain. Berdasarkan aktiviti ini, Instagram memberikan cadangan kepada gambar, video dan gulungan di halaman jelajah.
Tentu sekali cadangan yang diberikan oleh Instagram ini akan memudahkan anda menemui kandungan yang disukai. Tetapi Instagram juga akan mencadangkan kandungan yang mungkin tidak menepati citarasa dan minat anda. Atau mungkin minat anda sudah berubah dan mahu menjelajah benda yang baharu. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengubah kandungan halaman jelajah ini?
Terdapat tiga cara mudah untuk mengubah kandungan halaman jelajah anda. Kami akan kongsikan cara-caranya di bawah.
Cara Mengubah Kandungan Halaman Jelajah Anda
Cara Pertama: Tetapan Pada Kandungan
- Buka aplikasi Instagram dan pilih kanta pembesar.
- Sesudah memilih kanta pembesar, anda akan dapat melihat semua kandungan yang dicadangkan oleh Instagram.
- Pilih kandungan yang tidak diminati. Kemudian tekan tiga titik di kanan skrin.
- Akhir sekali pilih Tidak Berminat.
Cara Kedua: Padam Sejarah Carian
- Buka aplikasi Instagram dan pilih profil anda di bahagian bawah skrin.
- Kemudian tekan tiga garis di bahagian atas skrin.
- Seterusnya pilih Aktiviti Anda.
- Kemudian pilih Sejarah akaun.
- Anda akan melihat semua sejarah carian anda di halaman ini. Tekan Kosongkan Semua.
- Pilih Kosongkan Semua sekali lagi.
Cara Ketiga: Kosongkan Cache Instagram
- Langkah pertama ialah buka Aturan.
- Kemudian pilih Aplikasi.
- Anda harus memilih aplikasi Instagram.
- Seterusnya tekan Storan.
- Akhir sekali pilih Kosongkan cache.
Instagram
Aplikasi rangkaian sosial khusus untuk berkongsi foto anda dengan pengguna Instagram lain. Selain foto, anda juga boleh berkongsi video dan momen harian melalui Instagram Story. Temui dan ikuti akaun serta tanda pagar kegemaran anda dan berinteraksi bersama pengikut anda. Juga, tersedia alat untuk mengedit foto sebelum menyiarkannya.