Cara Menghantar Gambar Sebagai Dokumen Di WhatsApp

Di masa kini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi WhatsApp. Umumnya aplikasi WhatsApp digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi seperti menghantar mesej dan berkongsi gambar dengan kenalan. Walau bagaimanapun, aplikasi WhatsApp bukanlah satu pilihan yang baik jika anda ingin berkongsi gambar berkualiti dan beresolusi tinggi. 

Apabila anda berkongsi gambar berkualiti tinggi, aplikasi WhatsApp akan memampatkan gambar dan mengurangkan resolusi. Gambar beresolusi rendah ini selalunya kabur dan tidak dapat digunakan untuk tujuan lain.

Aplikasi WhatsApp membenarkan anda berkongsi pelbagai jenis fail seperti Word, Power Point dan PDF. Oleh itu, anda bolehlah menggunakan kelebihan ini dengan berkongsi gambar anda sebagai dokumen. Kualiti dan resolusi gambar juga akan kekal seperti asal.

Cara Menghantar Gambar Sebagai Dokumen Di WhatsApp

  • Kenal pasti gambar yang ingin dikongsi.
  • Kemudian anda harus menukar nama gambar tersebut dengan meletakkan .doc atau .pdf di hujung nama gambar.
  • Buka aplikasi WhatsApp dan ruangan sembang. Tekan ikon klip kertas di bahagian kanan skrin.

  • Kemudian pilih Dokumen.

  • Tekan Layar dokumen lain.

  • Seterusnya tekan Dokumen.

  • Di bahagian Dokumen ini, anda boleh memilih gambar yang telah disimpan sebagai format dokumen tadi.

  • Akhir sekali anda bolehlah menekan Hantar.

  • Anda akan melihat gambar yang dikongsi berada di dalam format dokumen.

  • Apabila selesai berkongsi, anda perlu meminta rakan anda untuk menukar semula nama dokumen tersebut dengan meletakkan .jpg di akhir nama. Hasilnya, rakan anda akan mendapat gambar yang berkualiti dan beresolusi tinggi seperti asal.
  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    WhatsApp ialah aplikasi yang membolehkan anda menghantar mesej, membuat panggilan, panggilan video, berkongsi gambar dan fail kepada kenalan anda. WhatsApp merupakan aplikasi Android yang perlu anda muat turun untuk kekal berhubung dengan semua orang.

Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram
Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menambah nama panggilan atau nama gelaran di akaun Instagram anda? Ciri ini bukan sahaja menambahkan sentuhan peribadi pada profil, malah memudahkan rakan-rakan anda mengenali anda dengan lebih mudah. Dalam artikel ini, kami akan membimbing …

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…