Cara Menyekat Panggilan WhatsApp Pada Android

Anda mungkin sudah mengetahui bahawa pengguna WhatsApp boleh membuat panggilan suara dan video secara percuma kepada pengguna WhatsApp yang lain melalui internet. Jika ciri ini digunakan oleh spammer, penggodam, telemarketer atau seseorang yang tidak diingini, tentu sekali ianya amat menjengkelkan.

Untuk mengatasi masalah ini, kami akan kongsikan bagaimana untuk menyekat panggilan dari aplikasi WhatsApp. Anda boleh menyekat panggilan WhatsApp dengan menyekat penggunanya. Tetapi ingin kami ingatkan apabila anda menyekat seorang pengguna itu, anda tidak lagi dapat menerima panggilan mahupun pesanan daripadanya.

Cara Menyekat Panggilan WhatsApp Pada Android

  • Buka aplikasi WhatsApp
  • Pilih pengguna yang ingin disekat.

  • Tekan ‘Nama Pengguna’.
  • Tatal ke bawah.

  • Tekan Sekat ‘Nama Pengguna’.

  • Tekan Sekat.
  • Setelah selesai, pengguna ini telah disekat sepenuhnya dan anda tidak akan menerima sebarang panggilan mahupun pesanan daripadanya.
  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger ialah aplikasi komunikasi yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, video, imej dan nota audio kepada pengguna lain (termasuk nombor antarabangsa) melalui WiFi atau rangkaian selular apabila terdapat sambungan Internet.

Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram
Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menambah nama panggilan atau nama gelaran di akaun Instagram anda? Ciri ini bukan sahaja menambahkan sentuhan peribadi pada profil, malah memudahkan rakan-rakan anda mengenali anda dengan lebih mudah. Dalam artikel ini, kami akan membimbing …

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…