Cara Mengenali Akaun Instagram Palsu

Secara umumnya Instagram digunakan oleh ramai orang di serata dunia. Oleh itu, pengikut yang palsu adalah suatu benda yang tidak dapat dielakkan di mana-mana platform media sosial.

Bagi sesetengah orang, pengikut yang menggunakan akaun palsu ini adalah gangguan di mana mereka meninggalkan komen-komen yang tidak elok. Ada juga sesetengah orang yang tidak kisah dengan pengikut dengan akaun palsu kerana ini dapat meningkatkan bilangan pengikut mereka.

Realitinya, pengikut dengan akaun palsu ini akan mengganggu algoritma, merosakkan kredibiliti dan  memberikan pengalaman yang tidak manis di Instagram. Untuk mengatasi masalah ini, kami ada beberapa cara untuk mengenal pasti akaun Instagram yang palsu.

Cara Mengenali Akaun Instagram Palsu

1. Tidak Mempunyai Gambar Profil

Cara paling mudah untuk anda mengenal pasti satu akaun palsu ialah apabila tiada gambar profil dimuat naik. Jika seorang pengguna menggunakan akaun yang sah, sudah tentu dia mahu dikenali dan ini dapat menambahkan pengikutnya.

2. Tidak Mempunyai Siaran

Akaun tanpa sebarang siaran berkemungkinan besar cuba menipu anda. Jika anda menjumpai akaun yang belum menyiarkan apa-apa lagi, ia mungkin bot.

3. Tidak Mempunyai Pengikut

Kebiasaannya akaun Instagram yang sah akan memiliki beberapa orang pengikut. Jika akaun itu tidak mengikuti sesiapa atau tidak mempunyai pengikut, kemungkinan besar akaun itu adalah palsu.

4. Meninggalkan Komen Umum

Jika anda ada mengikuti akaun palsu, anda akan perasan bahawa akaun ini akan meninggalkan komen umum di semua siaran. Sebagai contoh, akaun ini akan meninggalkan komen seperti, “bagus!” atau “teruskan usaha!”. Besar kemungkinan akaun ini adalah akaun palsu.

5. Jumlah Mengikuti Yang Ramai

Jika anda melihat terdapat perbezaan yang besar di antara pengikut dan mengikuti, ada kemungkinan akaun ini adalah palsu. Lazimnya akaun palsu akan mengikuti sesiapa sahaja untuk menaikkan jumlah pengikut mereka.

  1. Instagram

    Instagram

    Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.

Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram
Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menambah nama panggilan atau nama gelaran di akaun Instagram anda? Ciri ini bukan sahaja menambahkan sentuhan peribadi pada profil, malah memudahkan rakan-rakan anda mengenali anda dengan lebih mudah. Dalam artikel ini, kami akan membimbing …

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…