Cara Menghantar Mesej Pada Diri Sendiri Di WhatsApp

Sebagai salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia, WhatsApp sentiasa mengemas kini aplikasinya. WhatsApp telah memperkenalkan satu ciri di mana anda boleh menghantar mesej kepada diri sendiri. Walaupun ciri ini masih belum boleh didapati secara meluas, kami akan ajarkan dua (2) cara untuk anda menghantar mesej kepada diri sendiri.

Cara Menghantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di WhatsApp

1. Cara Pertama

  • Buka aplikasi WhatsApp.
  • Tekan bulatan hijau di bawah, kanan skrin.
  • Anda akan dapat lihat nama anda di bahagian kenalan.
  • Tekan nama anda dan ruang sembang yang baharu akan wujud.
  • Di sini ada boleh menghantar mesej kepada diri sendiri.

 

2. Cara Kedua

Cara kedua boleh dilakukan jika anda tidak menjumpai nama anda di ruangan kenalan seperti contoh di atas.

  • Pilih mana-mana aplikasi internet yang anda sering guna.

  • Taip wa.me/[kod negara][nombor telefon]. Contohnya wa.me/60123456789 dan tekan cari.

  • Paparan seperti di bawah akan keluar. Tekan Teruskan ke Sembang.

  • Anda boleh menghantar mesej kepada diri sendiri di ruangan ini.

  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger ialah aplikasi komunikasi yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, video, imej dan nota audio kepada pengguna lain (termasuk nombor antarabangsa) melalui WiFi atau rangkaian selular apabila terdapat sambungan Internet.

Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram
Cara Tambah Nama Panggilan di Instagram

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menambah nama panggilan atau nama gelaran di akaun Instagram anda? Ciri ini bukan sahaja menambahkan sentuhan peribadi pada profil, malah memudahkan rakan-rakan anda mengenali anda dengan lebih mudah. Dalam artikel ini, kami akan membimbing …

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…