Cara Memadam Video TikTok pada Android

TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial paling popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berjuta-juta pengguna menyiarkan dan berkongsi video mereka pada aplikasinya. Ada kalanya mungkin anda mahu memadamkan video TikTok yang pernah disiarkan. Walau apa pun alasannya, memadam video TikTok adalah proses yang sangat mudah dan kami akan kongsikan caranya hari ini.

Cara Memadam Video TikTok pada Android

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Pilih dan ketik video yang ingin dipadam.

  • Di video tersebut, ketik tiga titik yang berada di sebelah kanan skrin.

  • Di bahagian bawah sekali, tatal ke kiri sehingga anda jumpa Padam.
  • Ketik Padam.

  • Kemudian, ketik Padam sekali lagi.

Menjadikan Video Peribadi

Katakanlah bahawa anda belum bersedia untuk memadam video, tetapi tidak mahu dilihat oleh pengguna lain. Anda tidak perlu memadamkan video tersebut. Anda hanya perlu menukar privasi dan menjadikan video tersebut peribadi.

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Pilih dan ketik video yang ingin dijadikan peribadi.

  • Di video tersebut, ketik tiga titik yang berada di sebelah kanan skrin.

  • Di bahagian bawah sekali, tatal ke kiri sehingga anda jumpa Tetapan Privasi.
  • Ketik Tetapan Privasi.

  • Ketik Hanya saya.
  • Anda telah berjaya mengelakkan pengguna lain melihat video tersebut.

  1. TikTok

    TikTok

    Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).

Cara Menjadualkan Mesej di Instagram
Cara Menjadualkan Mesej di Instagram

Adakah anda mahu kekal berhubung dengan pengikut atau pelanggan di Instagram tanpa perlu sentiasa berada di telefon? Kini anda boleh jadualkan mesej dengan mudah, menjadikan komunikasi lebih lancar dan tersusun. Mari kita lihat caranya! Baca juga cara menambahkan nama panggil…

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…