Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp

WhatsApp, salah satu aplikasi pemesejan paling popular di seluruh dunia, sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya. Satu ciri yang menjadi semakin penting ialah keupayaan untuk berkongsi skrin semasa perbualan. Sama ada untuk kerja, sokongan teknologi atau hanya untuk menunjukkan sesuatu yang menarik, berkongsi skrin di WhatsApp boleh menjadi ciri yang berguna.

Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda cara untuk berkongsi skrin di WhatsApp dengan mudah. Jika anda belum mempunyai avatar sendiri, apa kata teruskan membaca cara membuat  avatar di WhatsApp yang pernah kami kongsikan dahulu.

Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp

  • Buka aplikasi WhatsApp.
  • Mulakan panggilan video dengan rakan anda.
  • Setelah rakan anda menjawab panggilan, anda akan dapat melihat beberapa ikon seperti di bawah.
  • Ketik ikon kedua.

  • Ketik Start now atau Mulakan sekarang.

  • Anda sedang berkongsi skrin anda akan terpapar di skrin.
  • Ini menunjukkan anda berjaya berkongsi skrin dengan rakan tersebut.

  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.

Cara Menjadualkan Mesej di Instagram
Cara Menjadualkan Mesej di Instagram

Adakah anda mahu kekal berhubung dengan pengikut atau pelanggan di Instagram tanpa perlu sentiasa berada di telefon? Kini anda boleh jadualkan mesej dengan mudah, menjadikan komunikasi lebih lancar dan tersusun. Mari kita lihat caranya! Baca juga cara menambahkan nama panggil…

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…