Cara Menukar Bahasa Di Instagram
Adakah anda ingin menukar bahasa di akaun Instagram tetapi tidak pasti bagaimana untuk memulakannya? Sama ada anda ingin memudahkan navigasi di Instagram, atau sekadar beralih ke bahasa pilihan yang lain, panduan ini akan membantu anda melalui prosesnya langkah demi langkah. Dengan hanya beberapa ketikan, anda akan dapat menetapkan Instagram kepada bahasa yang dikehendaki. Mari kita mulakan!
Baca juga cara melihat siapa yang tidak mengikuti anda semula di Instagram.
Cara Menukar Bahasa Di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Ketik profil anda.
- Ketik 3 garis bertindih di sebelah kanan atas skrin.
- Tatal ke bawah sehingga anda jumpa Bahasa.
- Ketik Bahasa.
- Di sini anda boleh memilih apa sahaja bahasa yang diingini.
- Ketik bahasa yang diingini dan selesai.
Instagram
Instagram ialah aplikasi rangkaian sosial yang khusus bertujuan untuk menyiarkan dan berkongsi foto melalui peranti mudah alih anda.