Cara Membetulkan WhatsApp Tidak Memaparkan Nama Kenalan Pada Peranti Android

Aplikasi WhatsApp telah menjadi satu aplikasi yang paling penting untuk komunikasi. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak aduan daripada pengguna WhatsApp tentang nama kenalan tidak muncul yang menyebabkan sesetengah pengguna menganggap telefon mereka tidak berfungsi. Anda tidak perlu panik. Cuma masalah kecil daripada WhatsApp yang menyebabkan ia kelihatan seperti kenalan anda telah dipadamkan daripada telefon. Kami akan kongsikan cara untuk memaparkan nama kenalan di WhatsApp.

Cara Membetulkan WhatsApp Tidak Memaparkan Nama Kenalan Pada Peranti Android

Cara 1: Selaraskan Semula Akaun

  • Tekan Aturan di dalam peranti android anda.
  • Tekan Akaun dan sandaran.

  • Tekan Urus akaun.

  • Cari atau tatal ke bawah dan tekan WhatsApp.

  • Tekan Selaraskan akaun dan ikuti arahan sehingga habis.

Cara 2: Segar Semula Kenalan WhatsApp

  • Buka aplikasi WhatsApp.
  • Tekan ikon di sebelah bawah kanan skrin.

  • Tekan tiga titik bertindih di sebelah atas kanan skrin.

  • Tekan Segar semula.

Cara 3: Benarkan WhatsApp Mengakses Kenalan Anda

  • Tekan Aturan di dalam peranti android anda.
  • Tekan Aplikasi.

  • Tatal atau cari aplikasi WhatsApp.
  • Tekan WhatsApp dan kemudian tekan Kebenaran.

  • Tekan Contacts/Kenalan.

  • Tekan Benarkan.

Cara 4: Kemas Kini WhatsApp

  • Buka aplikasi Play Store.

  • Tekan gambar profil anda.

  • Tekan Urus apl & peranti.

  • Tekan Kemas kini tersedia.

  • Pilih aplikasi WhatsApp dan tekan kemas kini atau update.

  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.

Cara Menjadualkan Mesej di Instagram
Cara Menjadualkan Mesej di Instagram

Adakah anda mahu kekal berhubung dengan pengikut atau pelanggan di Instagram tanpa perlu sentiasa berada di telefon? Kini anda boleh jadualkan mesej dengan mudah, menjadikan komunikasi lebih lancar dan tersusun. Mari kita lihat caranya! Baca juga cara menambahkan nama panggil…

Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok
Cara Menyembunyikan Senarai Mengikut di TikTok

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, namun menjaga privasi tetap menjadi keutamaan bagi ramai pengguna. Salah satu ciri yang sering dicari ialah cara untuk menyembunyikan senarai mengikut agar ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dalam …

4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui
4 Cara Melihat Profil & Video TikTok Tanpa Diketahui

Adakah anda ingin melihat profil TikTok seseorang secara rahsia tanpa mereka sedari? Jangan risau! Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk kekal anonim semasa melayari TikTok. Baca juga cara menyembunyikan akaun TikTok pada peranti Android. Cara Melihat Pr…

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…